Logo/Lambang Persatuan terdiri dari:
1. Dacing yang terletak di atas
bentuk kitab dan ditegakkan dengan sebilah keris berwarna hijau.
Lambang ini bermakna tanggungjawab Pegawai Syariah keseluruhannya ialah
menegakkan keadilan Ilahi.
2. Bulatan berwarna merah dan ditulis
perkataan 'Persatuan Pegawai Syariah Malaysia' dalam bahasa Arab dan
dikelilingi warna kuning serta dibawahnya ada perkataan 'Malaysia'
dengan berlatar belakangkan warna merah bermakna pertubuhan ini
diwujudkan di Malaysia dan Pegawai Syariah keseluruhannya dilantik Ulil
Amri. Selain dari itu 'Bahasa Arab' tidak dapat tidak mesti diketahui
oleh setiap Pegawai Syariah. Penubuhan ini juga dikenali dalam bahasa
Inggerisnya sebagai Syariah Officers Association.
3. Lambang ini
berasaskan warna kuning ditengah-tengahnya yang memberi erti bahawa
Kedaulatan Kuasa yang telah diamanahkan oleh ulil amri tetap utuh dan
terpelihara.
4. Kedua-dua belah tepi diletakkan lambang bunga padi
sebanyak 14 buah iaitu mengikut empat bilangan negeri-negeri yang
terdapat Mahkamah Syariah di dalamnya. Bunga padi itu berwarna kuning
membawa erti pertubuhan ini berharap kebahagiaan menurut ajaran Islam
dapat ditegakkan. Ini sesuai dengan motto Mahkamah Syariah iaitu
'Syariah Asas Keadilan.'