TEMA: “GUAMAN SYARIE : PROSPEK PENGUKUHAN INSTITUSI KEHAKIMAN SYARIAH DI MALAYSIA MENJELANG 2020”
PENDAHULUAN
Peguam Syarie adalah individu yang bertanggungjawab membantu Mahkamah Syariah dalam pengendalian dan perbicaraan kes syariah sama ada melibatkan kes mal atau jenayah. Peguam Syarie juga bertanggungjawab kepada anak guam yang memerlukan perwakilan agar kes mereka dapat segera diselesaikan terutama melibatkan kes perceraian, penjagaan anak dan tuntutan harta sepencarian. Meskipun begitu, ramai yang masih tidak menyedari kepentingan peguam syarie sebagai ejen penting dalam pencarian keadilan di Mahkamah Syariah dan juga penghubung antara pihak-pihak dengan institusi perundangan dan kehakiman. Tidak kurang juga ada yang melihat profesyen ini berkisar dengan dollar and cent berbanding khidmat yang ditawarkan. Sehubungan itu, kepeguaman syarie hendaklah difahami dengan lebih meluas oleh masyarakat agar persepsi yang tidak tepat dapat diperbetulkan. Dalam pada itu, kepeguaman syarie juga hendaklah seiring dengan pacuan transformasi perundangan dan kehakiman supaya prospek pembangunan sumber dan kerjaya serta cabaran Peguam Syarie menepati aspirasi rakyat dan negara serta rantau ASEAN.
OBJEKTIF
1. Pemantapan peranan system kepeguaman dan perundangan Islam agar mampu menjadi penyelesai kepada permasalahan umat Islam selaras dengan tuntutan Islam
2. Memperkasakan keupayaan kredibiliti institusi perundangan, kehakiman dan kepeguaman syarie serta mekanisma yang berkaitan dengan syariat Islam.
3. Pengukuhan usaha agar kedaulatan agama Islam sentiasa terpelihara dan kemaslahatan serta kebajikan ummah terjamin.
4. Pembugaran inisiatif yang menjadi teras kesinambungan usaha memartabatkan kepeguaman, kehakiman, perundangan dan pentadbiran Islam.
SASARAN PESERTA
1500 orang peserta dibuka dari kalangan Hakim-Hakim Syarie, Peguam Syarie, Peguam Sivil, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Pegawai Kaunselor, Ahli-Ahli Akademik, agensi kerajaan yang berkaitan seperti JAKIM, JBG, Jabatan Peguam Negara dan SENADA, badan bukan kerajaan serta pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan orang perseorangan.
Untuk penyertaan seminar, bayaran yang dikenakan adalah RM 90.00 seorang. Pembayaran boleh dibuat menerusi Pesanan Tempatan (LO) atau bank-in kepada Persatuan Pegawai Syariah Malaysia no. akaunBank Islam Malaysia Berhad 16018010004088
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Sebelum atau pada 15 JUN 2011
KETERANGAN LANJUT
sila hubungi :
Sekretariat Konvensyen, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), d/a Jabatan Kehakiman SYariah Malaysia (JKSM), Aras 4, Blok D7, ParcelD, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 60657 Putrajaya Tel : 03-88864800 - 4627 / 4614 / 4725 Faks : 03-88907770 Emel : mohd_yusof@esyariah.gov.my (016-657 3255) zuhdee@esyariah.gov.my (019-9595002) muhdjimmy@esyariah.gov.my (019-6768640)
ATURCARA KONVENSYEN
HARI JUMAAAT : 1 JULAI 2011
7.30 pagi: Pendaftaran peserta konvensyen 9.00 pagi: Ketibaan YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Ketibaan YAA Ketua Hakim Negara : Bacaan doa : Ucapan Aluan YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Tajuk : Prospek Dan Cabaran Kearah Memperkasakan Transformasi Hakim Syarie Dan Peguam Syarie Di Institusi Kehakiman Syariah Di Malaysia Masa Kini Pengerusi : YA Dato’ Haji Hussin bin Harun, Hakim Rayuan Syarie JKSM
9.30 pagi: Ucaptama YAA Ketua Hakim Negara Tajuk : Prospek Kepeguaman Islam dalam Sistem Perundangan dan Kehakiman Sivil di Malaysia. Oleh : YAA Tun Zaki bin Tun Azmi, Ketua Hakim Negara. Pengerusi : YA Dato’ Haji Md. Yusop bin Che Teh, Hakim Rayuan Syarie, JKSM.
10.00 Pagi: Majlis Perasmian Oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
12.00 tgh : Makan tengahari/Solat Jumaat
2.30 ptg. : Kertas Kerja 1. Tajuk : Kepeguaman Syarie di Malaysia Oleh : Y.Bhg. Tuan Mohamad Isa bin Abd Ralip, Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Kertas Kerja 2 Tajuk : Kepeguaman Syarie di Negara Brunei Darussalam Oleh : Y.Bhg Tuan Mohd Yusof bin Halim, Peguam Kanan, Tetuan Sankaran Halim
Kertas Kerja 3 Tajuk : Kepeguaman Syarie di Republik Singapura Oleh : YA Puan Faridah Eryani binti Pairin, Ahli Lembaga Rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah Republik Singapura
Pengerusi : Y.Bhg Prof. Madya Datin Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, Pensyarah, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia
4.00 petang : Majlis Forum Tajuk: Peguam Syarie: Isu, Cabaran dan Ke mana? Ahli Panel: 1.Y.Bhg Prof. Adjung Haji Salleh bin Buang, Profesor Tamu, Universiti Teknologi Malaysia 2.Y.Bhg. Prof. Adjung Tuan Haji Sulaiman bin Abdullah, Profesor Tamu, Universiti Teknologi Malaysia 3.Y.Bhg. Dato’ Hj. Zainul Rijal bin Abu Bakar,Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia Pengerusi : Y.Bhg. Tuan Musa bin Awang, Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
5.30 petang : Pembentangan Resolusi Konvensyen Oleh: Tuan Mohamad Isa bin Abd Ralip, Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Penyerahan Resolusi Konvensyen kepada YAA Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM Penyerahan Resolusi Konvensyen kepada Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia.