Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam

“NIKAH BAWAH UMUR : PATUT ATAU TIDAK?"

PENGENALAN


Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa seorang lelaki layak untuk berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.

Walaubagaimanapun dalam undang-undang yang sama juga turut membenarkan lelaki atau perempuan yang di bawah umur untuk berkahwin tetapi dengan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Oleh itu isu perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa.

Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah(7-12)) belum layak berkahwin lagi. Ada juga yang menyatakan pelajar sekolah menengah rendah (13-15) juga belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak. Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya. Pada Mac 2010, negara digemparkan oleh berita perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan Siti Nur Zubaidah Hussin (11 tahun) dengan seorang lelaki Shamsuddin Che Derahman @ Sudin Ajaib ( 40 tahun) di Kelantan. Selanjutnya pada November 2010 , seorang perempuan bernama Siti Maryam Binti Mahmod ( 14 tahun ) telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 21 tahun. Perkahwinan pasangan ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun begitu walaupun Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk meluluskan perkahwinan di bawah umur, walaubagaimanapun keputusan tersebut sering dikritik oleh orang ramai. Justeru itu sudah sampai masanya untuk semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung dengan perkara ini samada dari sudut perundangan semasa, hukum Syara’ dan juga pandangan ahli-ahli perubatan.


DIRASMIKAN OLEH :

Y.B. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR

BIN BHAROM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI


ANJURAN :

PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA:

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA



PADA 29 JANUARI 2011 / 24 SAFAR 1432 H

DI HOTEL PUTRA (BERSEBELAHAN HOSPITAL PUSRAWI)

JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

ENDAFTARAN PENYERTAAN


Untuk penyertaan seminar, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

Agensi kerajaan / swasta RM150

Pelajar IPTA / IPTS RM 50


Pembayaran boleh dibuat menerusi Pesanan Tempatan (LO) atau bank-in kepada

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia no. akaun Bank Islam Malaysia Berhad 16018010004088


Di bawah adalah google map menunjukkan lokasi seminar.


Nikah Bawah Umur?

OBJEKTIF


1.  Memberi kefahaman berhubung dengan peruntukan hukum Syara’, undang-undang dan perubatan berhubung dengan perkahwinan di bawah umur.

2.  Memberi peluang kepada peserta untuk berbincang berhubung dengan isu perkahwinan di bawah umur

3. input kepada pengamal dan pelaksana undang-undang berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan bawah umur

4. Mendidik masyarakat untuk memahami situasi semasa berhubung dnegan isu perkahwinan di bawah umur

5.  Menambah pengetahuan para peserta berhubung dengan peruntukan undang-undang Keluarga Islam



SASARAN PESERTA

450 orang peserta dibuka dari kalangan Hakim-Hakim Syarie, Peguam Syarie Seluruh Malaysia, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Pegawai Kaunselor Kanak-Kanak Lembaga Kemajuan Penduduk Negara, Ahli-Ahli Akademik, Pegawai di agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti JAKIM, Jabatan Peguam Negara dan SENADA, badan bukan kerajaan serta pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan orang perseorangan.




Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Sekretariat Seminar Undang-Undang Keluarga Islam, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia , Jabatan Kehakiman SYariah Malaysia, Aras 4, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 60657 Putrajaya

 


Tel : 03-88864800     

        03-88864627 

       03-88864614

Faks : 03-88907770

Emel : 

mohd_yusof@esyariah.gov.my (016-657 3255)

n zuhdee@esyariah.gov.my (019-9595002)




 

Petikan Akbar- Berita Harian - 15 Januari 2011

Keizinan berkahwin bawah umur wajar diperhalusi
Oleh Hasliza Hassan


PERKAHWINAN bawah umur dibenarkan Islam dan undang-undang syariah negara menetapkan syarat wali perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak yang di bawah umur 18 tahun bagi lelaki serta perempuan berusia kurang 16 tahun. 

Pernikahan remaja bawah umur menimbulkan konflik sosial apabila ada berpandangan perkara itu perlu diharamkan demi menjaga kepentingan mereka sementara sesetengah melihat keputusan itu bukan satu masalah kerana tidak menyalahi hukum syarak.
Undang-undang sivil membenarkan perempuan berusia 16 hingga 18 tahun berkahwin jika mendapat kebenaran Menteri Besar atau Ketua Menteri, manakala undang-undang keluarga Islam menetapkan had umur 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk perempuan, manakala usia di bawah umur memerlukan kebenaran mahkamah.
Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan perkahwinan tidak boleh dijalankan jika lelaki berumur kurang 18 tahun atau perempuan berusia kurang 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenaran secara bertulis mengikut keadaan tertentu. 

Melihat kepada perkembangan semasa, kemaslahatan yang menjadi sebahagian daripada pertimbangan kebanyakan hukum ditetapkan syarak, kebenaran remaja bawah umur berkahwin adalah kerana menjaga kepentingan mereka. 

Khususnya, dalam kes remaja perempuan yang hilang minat meneruskan pelajaran, terdedah pergaulan bebas dan sukar dikawal keluarga, permintaan mereka untuk berkahwin dengan pasangan perlu diberi penilaian sewajarnya. 

Memang sepatutnya mereka berada di sekolah bersama teman sebaya menimba ilmu pengetahuan serta merencana masa depan tetapi jika itu bukan wawasan dan bagi mengelak timbul pula perkara tidak diingini, maka jika perkahwinan adalah pilihan, itulah perlu dilaksanakan. 
Bagaimanapun, keputusan itu dibuat bukan semata-mata untuk melepaskan diri atau mengelak dipertanggungjawabkan jika berlaku perkara negatif tetapi melihat sebagai keputusan terbaik untuk pasangan berkenaan. 

Begitu juga pihak yang memutuskan seperti hakim mahkamah syariah, akan melihat semua aspek bukan sesuka hati memberi kebenaran kerana yang penting ialah kesejahteraan semua pihak terbabit dipelihara. Apatah lagi, jika perkahwinan yang dipaksa, pastinya tidak akan dibenarkan. 

Contohnya, kes di Jerantut pada 1994, pelajar Tingkatan Tiga dan Dua yang berhenti sekolah untuk berkahwin selepas mendapat restu ibu bapa serta mahkamah syariah. Kebenaran itu diberi selepas mengambil kira pengakuan mereka melakukan hubungan seks. 

Begitu juga perkahwinan Siti Maryam Mahmod yang berusia 14 tahun berkahwin dengan Abdul Manan Othman, 23 tahun pada 22 Oktober tahun lalu yang turut mendapat kritikan walaupun mendapat kebenaran hakim mahkamah syariah Wilayah Persekutuan. 

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata maklum balas berbeza berhubung perkahwinan remaja lelaki dan perempuan bawah umur mungkin disebabkan tidak mendapat maklumat jelas mengenai perkara itu. 

Katanya, perkahwinan bawah umur boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor dan wujudnya ruang kelonggaran untuk menilai pilihan yang tepat kerana pandangan pihak yang menentang mungkin hanya akan merumitkan lagi keadaan sedia ada. 

Remaja mengaku tidak boleh meneruskan persekolahan kerana ingat nak kahwin saja dan bagi alasan tidak mahu melakukan maksiat. Ibu bapa yang bersetuju boleh memohon di mahkamah syariah. 

Namun akan ada mempertikaikan keputusan berkenaan tetapi untuk memaksa mereka melupakan hasrat itu tanpa dapat memastikan mereka tidak terjebak dengan perkara lebih buruk, tidakkah tindakan membenarkan pernikahan dianggap paling wajar, katanya. 

Beliau berkata, bagi mengelak timbul pertelingkahan antara hukum syarak yang membenarkan dan gesaan supaya undang-undang dipinda, isu perkahwinan bawah umur perlu dibincang serta dibahaskan seterusnya difahami semua lapisan masyarakat. 

Mohd Naim berkata, PPSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Undang-Udang Keluarga Islam: Nikah Bawah Umur Patut Atau Tidak pada 29 Januari akan datang. 

Seminar sehari itu bakal merangkumkan hujah dari aspek hukum syarak, perubatan dan undang-undang oleh tiga pembentang kertas kerja terdiri daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya; Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj dan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Zaleha Kamaruddin. 

Mohd Naim berkata, rangkuman daripada perbincangan itu diharap akan memberi perspektif lebih luas terutama kepada pembuat dasar dan penghakiman mahkamah untuk menghasilkan keputusan terbaik yang menjaga kepentingan semua pihak terbabit. 

Apabila hakim membuat keputusan mereka akan mengambil kira daripada perspektif perubatan sementara pembuat dasar melihat kesan tindakan terhadap kesejahteraan masyarakat secara umum dan kepentingan remaja bawah umur khususnya, katanya.   
Petikan Akbar- Berita Harian - 30 Januari 2011

Pantau pasangan nikah bawah umur
2011/01/30- Berita Harian


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa agama disaran mengikuti perkembangan kehidupan pasangan yang bernikah bawah umur dan mengumpul data bagi mengkaji implikasi berkahwin pada usia muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata saranan itu bertujuan menjadi rujukan sebagai garis panduan kepada mahkamah menangani isu berkenaan.

“Isu nikah bawah umur ini bukan berlaku di sini sebaliknya di seluruh dunia. Kita melihat kes ini dalam konteks undang-undang di Malaysia. Perlu ditegaskan pasangan bawah umur dinikahkan bukan kerana kehendak ibu bapa semata-mata sebaliknya dengan kebenaran mahkamah.

“Pelbagai faktor diambil kira hakim seperti melihat kemungkinan wujudnya pertelingkahan antara pengantin terutama perempuan dengan keluarga, fizikal bagi memastikan pengantin perempuan boleh bersalin dan kemampuan suami memberi nafkah,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam ‘Nikah Bawah Umur: Patut Atau Tidak’ di sini semalam.

Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ialah Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Tan Sri Ibrahim Lembut dan Presiden PPSM, Dr Mohd Naim Mokhtar.

Beliau berkata, program seumpama ini boleh menonjolkan pendirian negara berhubung isu itu berlandaskan syariah dan undang-undang.

“Semua resolusi yang diperoleh sepanjang seminar ini diadakan boleh dijadikan rujukan bagi kes akan datang. Saya juga suka mengesyorkan supaya peraturan sedia ada diperdalamkan bagi mengeluarkan garis panduan untuk kes seumpama itu,” katanya.



Bank Data Kaji Implikasi Nikah Bawah Umur Perlu Diwujudkan - Jamil Khir

29 Januari, 2011 18:46 PM


KUALA LUMPUR, 29 Jan  (Bernama) -- Satu bank data perlu diwujudkan untuk mengumpul rekod perkahwinan bawah umur di negara ini, selain mengkaji implikasi terhadap kanak-kanak bawah umur yang sudah bernikah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mewujudkan bank data bagi membuat pertimbangan atau cadangan tindakan terhadap kesan perkahwinan bawah umur.


"Dengan adanya bank data ini, kita boleh tengok balik trend perkahwinan bawah umur ini. 

"Di mana sudahnya selepas lima ke 10 tahun perkahwinan, sekiranya kita nampak faktanya positif, apa pula yang kita nak cadangkan, kalau negatif, apa pula cadangannya," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam "Nikah Bawah Umur: Patut atau Tidak?" anjuran JKSM dan PPSM di sini. 

Beliau berkata walaupun kadar pernikahan bawah umur di negara ini kecil iaitu sebanyak 0.725 peratus sahaja, pengumpulan data itu penting untuk dijadikan fakta atau bukti, sama ada trend perkahwinan sedemikian berakhir dengan penceraian ataupun kebahagiaan.

"Cuba cari balik pasangan-pasangan yang kahwin bawah umur, tengok apa jadi pada mereka, kita kena ada bukti dan fakta untuk tengok sama ada mereka bahagia atau tidak.<br /> 

"Pasangan yang kahwin pada umur tujuh hingga 17 tahun, kita perlu lihat sama ada mereka meninggalkan alam persekolahan apabila sudah berkahwin, atau perkahwinan itu sepatutnya tidak terjadi, atau mereka berkahwin dan dalam masa yang sama juga turut bersekolah," katanya.

Jamil Khir berkata Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) atau Akta 303, memperuntukkan umur minimum bagi perempuan ialah 16 tahun dan 18 tahun bagi lelaki.

"Jika ingin berkahwin lebih awal dari umur minimum, perlulah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah. Syarat asasnya, hakim mesti tengok tidak ada pertelingkahan di antara ibu bapa dan anak yang hendak dinikahkan.

"Selain itu, hakim akan lihat dari sudut sekufu, iaitu ada persefahaman dalam konteks memahami cara dan budaya, fizikalpun turut diambil kira, iaitu adakah fizikalnya juga bersedia untuk menjadi seorang ibu, dan yang penting sekali, hakim akan lihat kemampuan suami menanggung nafkah isterinya," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata terdapat pelbagai tanggapan berhubung isu nikah bawah umur, ada yang bersetuju dan menggalakkan ibu bapa menikahkan anak mereka di usia muda bagi mengelak meningkatnya masalah sosial di kalangan remaja.


Sumber: bernama

Make a Free Website with Yola.