Objektif
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia ditubuhkan untuk mencapai Objektif Berikut:
- Mengumpulkan
semua Pegawai Syar'iah di dalam negara ini dan menanamkan ikatan
persaudaraan serta hubungan yang mesra di kalangan mereka
- Untuk
mengembangkan bakat ahli-ahli dalam menjalankan tugas hariannya
masing-masing dan dalam kegiatan-kegiatan luaran yang berfaedah kepada
bangsa dan negara.
- Untuk menjaga kebajikan dan faedah ahli serta memeliharanya.
Sejarah
Persatuan Pegawai Syar'iah Malaysia
dilahirkan atas cetusan idea kira-kira 30 orang Pegawai Syariah
dari seluruh pelusuk Malaysia pada akhir Kursus Undang-undang
Keterangan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Malaysia
(ILKAP) di Kuala Lumpur pada 6 -9 Okt. 1997.
Idea ini telah
dipanjangkan ke dalam Muzakarah Ketua-ketua Hakim Syarie Se Malaysia
pada 19 hingga 21 Feb. 1998 di Tiara Hotel, Langkawi Kedah. Draf
perlembagaan persatuan digubal dan Jawatankuasa Penaja Persatuan
dilantik. Tindakan mendaftarkan Persatuan ini telah dibuat oleh
Jawatankuasa Penaja dan pada 19 Jun 1998 pendaftarannya telah
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan
1966 dengan nombor pendaftarannya ialah 770. Persatuan
ini telah diwartakan pendaftarannya melalui Warta Kerajaan seri Paduka
baginda Jil. 42 bertarikh 13 Ogos 1998 dengan No. 7635.
Mesyuarat Agung Persatuan diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan pada
masa yang sama dengan Persidangan Tahunan Pegawai Syariah seluruh
Malaysia yang di anjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia